Ahlan Wahsalan :)TQ

Friday 31 January 2014

“La tahzan innallaha ma’ana” (Jangan bersedih, Allah bersama kita) :)

 

 

 

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.

اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …


Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.

اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).


Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatKu hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).


Ketika kita mengeluh : “ ape aku buat ni semua sia-sia … ”.

اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).


Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).


Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.

اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.


Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.^_^

No comments:

Post a Comment